Bermula dengan Selawat 3kali - Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad
kemudian diikuti dengan surah Al-Fatihah..
A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim , Bismillah..
Ya Allah Ya Ghoffaar Ya Hakkam Ya Jaami Ya Afuww,
Bukakanlah pintu kemaafanMu ke atas dosa-dosaku, dosa kedua Ibubapaku , dosa Sahabatku yang aku kasihi serta dosa-dosa seluruh muslimin muslimat.
Ya Allah Ya Wajib Ya Ba'its..
Terimalah segala amal ibadahku dan engkau bimbinglah aku ke arah yang benar. Peliharalah aku agak aku dapat membaiki dan menyempurnakan segala amal ibadahku selama ni. Sempurnakanlah bacaan Al-Quranku, Iqraku dan Solatku. Peliharalah akhlakku dengan baik hingga dibawa ke syurga nanti.
Ya Allah Ya Mu'iz Ya Kholiq..
Peliharalah Keimananku, Kesabaranku, Ketabahanku dan Ketaqwaanku kepadaMu.. Tingkatkanlah kesabaranku ketika aku berhadapan dengan ujianmu dan ketika aku berdepan dengan manusia duniawi ini. Tingkatkanlah ketaqwaanku mengikuti setiap hukum hakamMu dan ketaatanMu. Tingkatkanlah kecintaanKu terhadapMu agak aku sentiasa menyedari bahawa kecintaanMu padaku tidak pernah hilang dan pupus dalam kehidupanku. Sedarkanlah aku bahawa dengan mencintaiMu dan Rasulullah saw lebih bermakna berbanding aku mencintai manusia yang tidak tulus mencintaiku.
Ya Allah Ya Ro'uf..
Kurniakanlah aku kesihatan yang sihat termasuk buat ahli keluargaku, sahabatku dan para muslimin dan muslimat dan berkatilah umurku pada tahun ini Ya Allah. Jauhilah aku daripada melupakanmu yang telah menciptakan aku di atas muka bumi ini. Sedarkanlah aku bahawa aku akan sentiasa menjadi HambaMu sehingga aku menebus nafas terakhirKu. Sedarkanlah aku bahawa engkau adalah Tuhanku dan aku perlu sujud padaMu sampai bila-bila.
Ya Allah Ya Mughniyy Ya Rozzaq..
Bukakanlah pintu rezekiMu , Pintu Kejayaan , Pintu Kebahagiaan , Pintu Barakah dan juga pintu KemudahanMu untukku. Luaskanlah rezekiMu seperti Air ZamZam yang tidak pernah putus seperti air sungai yang mengalir hingga ke Syurga . Izinkanlah aku mendapat rezeki yang luas agak aku dapat menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang anak, seorang adik, seorang cucu dan seorang makcik kepada baby siddiq. Sesungguhnya aku tidak pernah merasa setiap duit yang aku hulurkan sehingga menjadi kurang akan membuat aku menjadi miskin dan tiada duit. RezekiMu sangat luas buat umat islam dan perkara itu sentiasa menjadi kepercayaanku terhadapMu Ya Allah.
Ya Allah Ya Ghorur.
Aku memohon atas pertolonganmu untuk lindungilah aku daripada azab kubur api neraka dan kemaksiatan dunia. lindungilah aku daripada kemiskinan dan kekufuran Fitnah Manusia dan segala Fitnah Dajal.
Ya Mumit Ya Baari..
Matikanlah aku dalam keadaan khusnul khotimah dimana engkau menginginkan kematianku dengan sempurna dan dengan tenang.
Ya Allah Ya Azhim Ya Qodir..
Masukkanlah hambaMu ini ke dalam salah satu Ahli SyurgaMu dan jadikanlah aku salah satu calon Ahli SyurgaMu kelak .
Ya Allah Ya Mutakabbir Ya Baaqi..
Izinkanlah aku dapat berpeluang untuk melihatMu, Rasulullah saw serta Para Sahabat Rasulullah saw seketika nanti. Walaupun agak sukar untuk aku merebut peluang untuk melihatMu di Syurga pada suatu hari nanti, akan aku kejarkan kebaikan dan usaha untuk memiliki peluang keinginanKu melihatMu dan para Rasulullah saw.
Ya Allah Ya Bashir..
Permudahkanlah setiap langkahku yang bermula daripada rumahku sehinggalah aku kembali di rumahku dengan selamat. Permudahkanlah segala kerja pekerjaanku dengan baik dan jauhilah aku dari tekanan diri daripada duniawi ini.
Ya Allah Ya Mujib Ya Dzal Jalaali Wal Ikrom..
Sesuatu perkara yang aku menginginkan dalam kehidupanku dan sentiasa mengharapkan engkau penuhi keinginanku dan harapanku adalah kurniakanlah aku jodoh yang baik yang dapat menjadi seorang suami dan seorang imam yang berjaya memimpin aku ke SyurgaMu pada masa hadapanku. Kurniakanlah aku seorang suami yang dapat membimbing aku dengan baik , yang dapat membahagiakan aku dunia dan akhirat begitu juga mencintaiku dengan sepenuh seikhlas hatinya . Aku juga mengharapkan engkau memberi aku memiliki seorang suami yang tidak penat memberi teguran dan nasihat untuk aku dan menerima kekurangan diri aku dan kelemahan diri aku.
Ya Allah Ya Adl Ya Haqqu..
Engkau kurniakanlah aku keturunan yang baik , keluarga yang baik untuk dunia akhiratku. Kurniakanlah keluarga yang harmoni dan keluarga bahagia untukku. Engkau berkatilah keluargaku hingga ke jannah dan jauhi kami daripada syaitan dan manusia yang keji yang cuba mempecah belah ahli keluargaku.
Ya Allah Ya Roqib Ya Mujib..
Dengarkanlah doaku ini dan aku memohon padamu untuk penuhi doaku ini . Sesungguhnya engkaulah sebaik baik pendengar doa hambaMu dan kisah hidup hambaMu. Ya Allah, aku tidak sentiasa mengharapkan engkau terus makbulkan permintaanKu, cukuplah engkau mendengar luahan hati aku pada setiap hari, setiap masa , setiap saat dan setiap tahun. Sesungguhnya aku merindukanMu saat aku berkongsi setiap jalan cerita kehidupanku kepadamu. Ya Allah, terima kasih sentiasa ada untukku dan menemani aku tak kira aku berada dimana jua. Sesungguhnya aku sentiasa menghargai setiap pengorbananMu untukKu.
diakhiri dengan
" Rabbana Atina Fiddunya Hasanah Wa Fil Akhiroti Hasanah Waqina Adzabanna " dan Ya Dzal Jalaali Wal Ikrom
hadiahkan surah Al-Fatihah buat orang tersayang dan rasulullah dan para sahabat mulia.
usap satu badan bermula dengan kepala hingga ke kaki sambil berdoa mengikut keinginan permintaan diri

Comments
Post a Comment