" diamlah kau ! "
Mengambil masa untuk berfikir nak bercerita atau tidak tetapi itulah dnaylaa(bukan nama sebenar) pada ketika itu. Bukan seorang yang penyabar. dnaylaa seorang manusia yang biasa, manusia pendosa. Kemarahan seorang bernama dnaylaa pada ketika itu boleh dikatakan sangat melampau batas. Suara yang tinggi, panas baran dan suara yang begitu nyaring. dnaylaa berani bercerita diri dnaylaa kerana dnaylaa bukan yang dulu lagi. Alhamdulilah. Kini dnaylaa seorang yang sangat penyabar. :). This is true story.
![]() |
| Cik Dnaylaa |
WHO MAKE ME CHANGES ?
All start with fight each other and something happen into my life. That make me changes 100% to be more patience. Kini kesabaran dnaylaa begitu mendalam. Apabila orang cuba bergaduh marah dnaylaa, dnaylaa diam dan masuk bilik. Try pujuk diri sendiri untuk berfikir secara positive kenapa dorang marah dnaylaa kenapa pergaduhan ini berlaku berterusan. Semua itu perlu sentiasa bersangka baik pada semua orang. Kesabaran dnaylaa bermula saat dnaylaa menjadi seorang Pengasuh kepada baby siddiq dnaylaa.dnaylaa tak seberapa ingat pristiwa dnaylaa mula bersabar dan start buang sifat kemarahan diri dnaylaa. Normal setiap manusia ada sifat kemarahan , perasaan sedih dan geram.
Tipulah dnaylaa kata dnaylaa tak pernah ada perasaan rasa nak berdebat semula apabila orang cuba panas-panaskan hati kita emosi kita . I've faced that situation before. But make me realize is when i always be alone and make me think..
😢 Sampai bila nak macam ini ?
😢 Sampai bila nak bergaduh ?
😢 Sampai bila taknak berubah ?
😢 Sampai bila taknak kawal emosi ?
😢 Sampai bila nak kekal sifat marah sedangkan dah ada anak buah?
😢 Kalau Rasulullah saw boleh sabar, takkan umatnya tak boleh tahan sabar ?
😢 Setiap kali marah dan nangis, sampai bila nak seksa diri sendiri?
Apabila dnaylaa try sabar, can say its not easy. tak mudah tak senang . Kesabaran ini mampu bertahan lama apabila hati kita ini dah terlalu penat dan tak mampu nak balas semula. Dia macam.. " ikut suka hati kaulah nak marah aku banyak kali . Ikut suka hati kaulah nak salahkan aku ". Sampailah, Allah pertemukan dnaylaa dengan mak Sistor Chef (Aunty ilah) . My only one bestie. Kenal Sistor Chef since 2013 sampailah sekarang tetapi sepanjang perkenalan dengan Sistor Chef .. dnaylaa tak pernah jumpa mak dia atau sembang dengan Aunty Ilah. tetapi mungkin Allah nampak keadaan dnaylaa dah macam stress , dah macam give up dengan kehidupan.
bermulalah Allah izinkan dnaylaa berjumpa Aunty Ilah tido rumahnya 2 Hari 1 Malam. Aunty Ilah mula bercerita tentang kehidupannya sampailah Allah memberi keajaiban buatnya, Pada ketika itulah Aunty Ilah membuat ucapan panjang buat Allah swt. Apa yang menyentuh hati dnaylaa pada ketika itu adalah Aunty Ilah kata..
" aku merindukanMu saat aku berkongsi setiap jalan cerita kehidupanku. cukuplah engkau mendengar luahan hati aku pada setiap masa, setiap saat dan setiap tahun. selama ini aku tidak hargai pengorbanan engkau untuk aku tetapi engkau sentiasa ada untuk aku "
Setiap doa Aunty Ilah sampaikan pada dnaylaa membuat dnaylaa speechless dan pada saat itu secara tiba tiba mengalir air mata dnaylaa. Melihat mata Aunty Ilah, nampak ketulusan hatinya menghayati menyampaikan doa itu dengan seikhlas hatinya. Berkaca air matanya ketika sampaikan doa dan keajaiban Allah tersebut.
Doa Aunty Ilah ada pada Blogger dnaylaa bertajuk " Surat Buat Allah swt " .
Apa yang sedarkan dnaylaa juga apabila dnaylaa dengar nasihat dari Saiful Apek yang mengatakan...
Jauhilah Amarahmu,
Jagalah Lisanmu,
Tapi jagalah Silaturahimmu.
dnaylaa bukan seorang manusia yang sempurna tetapi dnaylaa cuba mengubah diri dnaylaa secara pelahan-lahan untuk mendapatkan semula memori yang terindah seperti dahulu.
Menahan kesabaran memang bukan senang tetapi kalau kita usaha untuk sabar, In Shaa Allah pasti boleh. Doakan dnaylaa kekal bersabar. 😊

Comments
Post a Comment