Skip to main content

FINALLY! I'M STAFF HR 99 SPEEDMART SDN BHD

 Suasana department Human Resources begitu indah, teratur , cantik , kemas dan bersih. Yang paling penting buat HQ 99 SpeedMart Sdn Bhd ialah mencukupi barang keperluan staff. Langkah kaki buat pertama kali di Wisma 99 SpeedMart sdn bhd , membuatkan dnaylaa tak lepas pandangan dnaylaa dari sekeliling dnaylaa. Tempat syarikat 99 SpeedMart begitu perfect dan kecantikkan syarikatnya dengan teknologi yang canggih membuatkan dnaylaa rasa 

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ" , All the best dnaylaa ! tunjukkan pada dorang kau bolehh. jangan tunjuk kelemahan kau kat dorang . 💪"

Suasana yang dnaylaa suka adalah kebersihan dan environment yang menyeronokkan. Jujur dnaylaa cerita dnaylaa suka pada Leader dnaylaa Miss Nini. dnaylaa tak sangka dia seorang yang sangat penyabar dan proffesional dalam sesuatu pekerjaan. dnaylaa hari-hari fikir .. 

" wahh, aku dapat kerja 99 SpeedMart tingkat paling atas sebab Allah tahu aku paling suka melihat keindahannya dan sentiasa puji kebesaraanNya . "

"Hebatnya perancanganMu, aku akhirnya dapat leader yang cukup sabar dengan aku. kakak tomato aku hari-hari cakap tunggu kau dapat boss garang yang tegas dengan sikap kau but look at here ! kau kurniakan aku leader yang betul-betul sabar dengan sikap aku "

"dulu berangan nak angkat call jawab call office, akhirnya aku ditempatkan jawatan yang hari-hari kena jawab panggilan dan busy yang terlampau busy "

" sudah 2 kali internship di syarikat melayu, kalini engkau tempatkan aku bekerja bersama syarikat cina dan lagi bestnya orang disini keep panggil nama cina aku. bukan nama melayu aku "

" tak sangkakan 2 kali internship di shah alam paling jauh dari rumah aku, kini engkau takdirkan aku kerja di syarikat yang betul-betul dekat rumah aku. nak balik lambat pon takde masalah sbb dari rumah ke syarikat hanya 6 minit sahaja "

"Ya Allah , aku masih ingat masa aku dah habis tempoh jaga baby siddiq, kakak dnaylaa cakap syarikat normally akan call orang tu dalam 6 bulan. skg kau dah lambat apply. bulan depan kau tak kerja daa. tut tuttt ! bulan 12 hujung bulan baru apply kerja, awal bulan 1 masuk kerja baru.. wahhh cepatkan. perancanganMu sangat smooth Ya Allah "

" 2 kali internship rasa nak balik jeeee. tolong cpt habis kerja. tapi syarikat 99 Speedmart sentiasa buatkan hati aku tak sabar nak kerja. nak OT sampai diri rasa penat. wonderful ! "

 Office Hour dnaylaa sepatutnya pukul 8.30am - 5.30pm, tetapi dnaylaa jarang sekali balik pukul 5.30pm. Bukan jarang, memang tak pernah. haaa. Mostly dnaylaa balik dalam pukul 6pm, 6.20pm , 6.30pm , 6.45pm , 6.55pm , 7pm. Paling lambat pukul 8pm. Itu pon kalau Miss nini suruh balik 5.30pm. baliklah. Dia yang paksa kita balik pulak. 😂

dnaylaa pernah tanya miss nini..

" can i go back 10pm ? "

then miss nini jawab " what for ?" 

i cakap " feel cool at here 😎 "

then miss nini jawab " 6.30pm already close ah "

But actually Syarikat 99 SpeedMart Sdn Bhd tak galakkan staff dia balik lambat sebab sekiranya kerja tu dah siap, kena terus balik. If kerja tak siap, time tu boleh balik lambat . If kerja tu urgentlah. itu digalakkan OT day. Nak cakap dnaylaa pernah dapat kerja berlambak tapi time tu dah 5.30pm, mestilah pernah. Banyak kali ! But what make me speechless is Miss nini. 

dnaylaa speechless dengan miss nini sebab dia sentiasa menemani dnaylaa membuat kerja. Sepatutnya dia kena balik da tetapi dnaylaa masih ada kerja berlambak, dia stay menunggu dnaylaa. even kerja dnaylaa dah habis, dnaylaa nak solat asar dulu. Dia stay menunggu. Lepas dnaylaa tinggalkan syarikat, baru dia ikut balik. sweetkan 😍.Padahal dalam office tu masih ada jee orang. Boss dan assistant manager pun belum balik lagi. Tapi kita berdua jenis yang setiap kali nak balik, pasti dnaylaa akan call dia minta izin balik dulu ataupun dia nampak dnaylaa tak call dia , dia yang akan call dnaylaa suruh balik sambuing esok. Setiap pagi memang masing-masing akan wish " Good Morning " .

I can't share the whole story. Many things have happened in 99 SpeedMart Sdn Bhd company beyond my expectations. What can i say i am thankful to be able to work at 99 speedmart company despite too many tests i went through with miss nini. 

Setiap kali dnaylaa kerja di Syarikat 99 SpeedMart Sdn Bhd, otak dnaylaa hari-hari ingat pesanan kakak dnaylaa dan brother in law owl dnaylaadnaylaa sebenarnya banyak terhutang budi pada kakak dnaylaa dan brother in law owl dnaylaa. Can say there are my life. Without them, entah apa nak jadi pada seketul cik dnaylaa. ehhh tibet-tiber hal kerja masuk kisah dorang. 😂

" nanti kau masuk kerja, phone jangan asyik nak main eh. Focus kerja. tangan dan otak kau kena gerak pantas sbb kau kerja bawah dorang. "

" hal kerja atau hal peribadi jangan share pada officemate. be professional . kitaorang kerja lagi lama dari kau. dah 10 tahun kerja . "

Thank You sister tomato dan brother in law owl . 💝

HARI RAYAAAA DAY WITH HUMAN RESOURCES DEPT 💃

Pada tarikh 13.05.2022 Friday 8.45am merupakan suasana yang begitu riuh dan memgembirakan. Yang pasti hakak-hakak HR kita ini seorang yang kecoh ceria. Pada mula dnaylaa masuk department HR, pun tidak sangka semuanya hakak-hakak. Takde abang-abang. Hang dapat bayangkan tak dnaylaa ini ada keturunan cina + keturunan melayu. Bekerja di department ada cina + melayu. I feel like " WAH ! elokkk sangat "😂. Hakak-hakak ada buat list siapa bawa ini, siapa bawa ketupat. Seronoklah banyak makanan rayaaa . hehe

Free style HR Dept

2 kali internship tidak merasa meriah seperti Syarikat 99 SpeedMart Sdn Bhd. Apabila merasa suasana begini pada waktu itu, hati gembiralah. haha


pada tu Hari Jadi Kak Fai . Happy Birthddayyy kak Fai !🍰. dnaylaa tak beberapa nak friendly dengan hakak-hakak HR sebab dorang dah 💑. Saya ini masih bujang. My assistant pon dah jadi tunang orang hoho. Terima kasih hakak-hakak selalu layan dnaylaa macam member guna panggilan akukau but dnaylaa ni masih tak terbiasalah akak. kang jadi biadap pulakk. ahh sudahh macam manaa . Ghisauu😂ghisau. 

Alhamdulilah kini sudah masuk 5 bulan. Alhamdulilah, semua kerja dah boleh buat sendiri . Alhamdulilah. Pasal bergaul dengan hakak-hakak need to take time untuk biasakan. Dnaylaa jenis masuk air juga kak tapi mood gila-gila dengan hakak-hakak HR belum sampaii lagi. Will coming soon. I promisee😊

15.05.2022

SHRMZB dari HR 99 SpeedMart Sdn Bhd

Comments

Popular posts from this blog

MY FIRST COMPANY THAT I WORK IT

 " 哇,你知道会说普通话!" Internship pada bulan July 2020 hingga November di Syarikat MAEPS. Pada bulan November tiada pekerjaan dan kebetulan kakak dnaylaa akan melahirkan anak puteranya(siddiq) pada bulan itu juga. Untuk memberi dnaylaa pekerjaan dan gaji, kakak dnaylaa rekemenkan dnaylaa untuk menjadi Pengasuh kepada anaknya(siddiq) iaitu anak buah dnaylaalah kan. Alhamdulilah setiap bulan dnaylaa dibayar gaji oleh kakak dnaylaa. Setahun menjadi pengasuh kepada baby siddiq.. seorang yang tiada langsung pengalaman menjadi pengasuh for baby new born. Seorang yang tiada pengalaman menjaga seorang bayi yang mempunyai exzema. Alhamdulilah kini dnaylaa berjaya menjadi makcik yang boleh dikatakan sebagai " professional ".  Pada akhir bulan , tempoh tamat dnaylaa menjadi Pengasuh kepada baby siddiq.. Pada saat itu adalah merupakan saat kesedihan dnaylaa. Perasaan seperti ketakutan tidak dapat lagi berjumpa dan jaganya lagi. Alasan terakhir tamat tempoh jaga...

PATIENCE

  " diamlah kau ! " Mengambil masa untuk berfikir nak bercerita atau tidak tetapi itulah dnaylaa(bukan nama sebenar) pada ketika itu. Bukan seorang yang penyabar. dnaylaa seorang manusia yang biasa, manusia pendosa. Kemarahan seorang bernama dnaylaa pada ketika itu boleh dikatakan sangat melampau batas. Suara yang tinggi, panas baran dan suara yang begitu nyaring. dnaylaa berani bercerita diri dnaylaa kerana dnaylaa bukan yang dulu lagi. Alhamdulilah. Kini dnaylaa seorang yang sangat penyabar. :). This is true story. Cik Dnaylaa WHO MAKE ME CHANGES ? All start with fight each other and something happen into my life. That make me changes 100% to be more patience. Kini kesabaran dnaylaa begitu mendalam. Apabila orang cuba bergaduh marah dnaylaa, dnaylaa diam dan masuk bilik. Try pujuk diri sendiri untuk berfikir secara positive kenapa dorang marah dnaylaa kenapa pergaduhan ini berlaku berterusan. Semua itu perlu sentiasa bersangka baik pada semua or...